Tuesday 25 December 2012

BLOG BARU: KAUNSELOR ANDA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mulai 2013 saya akan menulis di laman baru : KAUNSELOR ANDA 2013.anda bolehlah melayari ke alamat www.kaunselor-anda2013.blogspot.com

Sunday 9 December 2012

KEM REMAJA EXCELLENT

6-8 Dis. 2012. Program Kem Remaja Excellent anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya telah berjaya dilaksanakan di Kem Damai,Lata Belatan,Terengganu.Program ini telah disertai oleh 80 orang pelajar dan 6 orang urusetia.Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta dengan pengisian berbentuk kerohanian, jatidiri, semangat kerja berpasukan dan penyelesaian masalah. Program ini juga mendapat kerjasama daripada bekas tentera yang berindak selaku fasilitator dalam program "jungle trekking'.


Thursday 22 November 2012

PROGRAM CINTA DAN AIRMATA

20-22 Nov. 2012 - Program Cinta dan Airmata anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dikelolakan oleh Kolej Komuniti Kok Lanas Kelantan telah diadakan di Aura Training Centre,Bachok,Kelantan.

Seramai 100 orang peserta dari seluruh negara termasuk pelajar dari IPTA / IPTS telah menyertai program tersebut. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Ishanudddin bin Hussin,Pengarah Bahagian Kebajikan Pelajar,Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Program ini dilihat amat berjaya kerana mendapat kerjasama dari semua warga Kolej Komuniti Kok Lanas serta agensi kerajaan yang turut serta memberikan kerjasama yang erat khususnya Jabatan Pembangunan Wanita Kelantan dan Lembanga Pembangunan Penduduk Negara.

Kepada semua peserta program.....Tahniah dan selamat maju jaya saya ucapkan....semoga jumpa lagi....

Monday 15 October 2012

EKSPLORASI WARISAN DAN BUDAYA

11 - 14 Oktober 2012. Program Eksplorasi Warisan dan Budaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah kelolaan Kolej Komuniti Teluk Intan telah diadakan dengan jayanya. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti program yang tersebut. Kolej Komuniti Kok Lanas telah menghantar 4 oran pelajar dan seorang pengiring sepanjang program tersebut berlangsung.Pelajar KKKLK Nur Syazreena Yasmin Bt Abdul Halim telah menggondol tempat kedua daripada seramai 70 peserta dalam cabaran mengail udang galah. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh En ishanuddin Bin hussin,Pengarah Bhagian Kebajikan Pelajar,Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Bergambar kenangan di hadapan KK Teluk Intan
Peserta bersama keluarga angkat
Cabaran 1: Memetik Nenas
Cabaran 2: Memasak Jem dan Laicye nenas
Pelajar KKKLK memenagi tempat 2 dalam cabaran ke 3: memancing udang galah di Sungai Perak
Cabaran 4: berbasikal ke tempat-tempat bersejarah sekitar Teluk Intan
Kenangan bersma urusetia program
....bersama anggota Polis Trafik
 
 
  

Saturday 6 October 2012

PAKAR

5 Okt. 2012. Alhamdulillah saya telah mendaftar sebagai Ahli Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia dengan diberi nombor 0088.

Wednesday 3 October 2012

MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU SESI OKTOBER 2012

3 - 4 Oktober 2012. Program minggu suaikenal pelajar baru telah diadakan di Aked Perdana dan Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas. Antara pengisian program tersebut adalah taklimat daripada Pengarah KKKLK,Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran,Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat,Unit Kaunseling & Kerjaya,Unit Disiplin,Unit Peperiksaan,Bahagian Hal Ehwal Pelajar(wang saku dan insuran)
Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas sedang memberikan ucapan perasmian Minggu Suaikenal
IKRAR pelajar KKKLK

Pada 4 Oktober pula telah diadakan program dalam kumpulan.Pelajar-pelajar telah diberi tugasan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).....
Chicken Dance
 

TAHNIAH Kumpulan 3....akhirnya anda menjadi JUARA....
 
 


PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI OKTOBER 2012

2 Oktober. Pendaftran pelajar baru Kolej Komuniti Kok Lanas berjalan dengan lancar.Seramai 50 orang pelajar baru telah mendaftar bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.