Tuesday 23 August 2011

IHYA RAMADHAN

9 & 15 Ogos 2011.Majlis Ihya Ramadhan anjuran PRS kolej komuniti K Lanas telah berjaya diadakan walaupun dalam persiapan dan persediaan yang agak singkat.Majlis tersebut telah diisi dengan tazkirah,solat maghrib & isyak secara berjemaah serta disusuli dengan solat terawih.

Alhamdulillah..nampaknya semua program yang diatur telah berjalan dengan lancar & baik.Tahniah & terima aksih kepada semua yang terlibat.

Khusyk mendengar tazkirah
Solat berjemaah
Ceria... meskipun letih puasa
.....sedondong
antara AJK yang terlibat

Thursday 4 August 2011

CERAMAH AMBANG RAMADHAN

31 Julai 2011. Satu Majlis Ceramah Ambang ramadhan telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kolej Komuniti Kok Lanas.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh oleh En Mohd Efendy Daud, Pegawai Psikologi KKKL.

Antara intipati yang disampaikan ialah tentang Kajian Hubungan Puasa dari sudut kesihatan dan sains. Beliau juga turut mendedahkan rahsia keistimewaan buah kurma atau tamar menurut kajian yang telah dilakukan oleh para saintis Barat yang terbukti amat berkesan dan baik untuk kesihatan.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Aked Perdana,KKKL dan disertai hampir semua pelajar Kolej.Semoga Allah merahmati Ramadhan kali ini.