Monday 12 December 2011

LAWATAN KE CHINA

5-9 Disember 2011.Lawatan sambil belajar pemenang-pemenang tempat pertama hingga ketiga CCEC(Community College Enterprenuer Callenge) anjuran Kolej Komuniti Kelantan.semua pemenang dan pensyarah penasihat serta beberpa orang pengarah dan kakitangan Kolej Komuniti lain telah turut serta dalam rombongan ke Shenzen dan Guangzhao,China.

Dalam pertandingan CCEC sebelum ini pemenang tempat pertama ialah Kolej Komuniti Selayang,Kedua: Baling dan Ketiga: Kuantan.
Semua peserta dalam rombongan kali ini amat gembira dan ceria kerana mereka mendapat pengetahuan baru dalam bidang perniagaan orang-orang cina dan semoga ianya memberi idea baru kepada semua peserta untuk diketengahkan di Malaysia nanti.
Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhao
Lawatan ke taman bunga
Windows of The Worlds
Bersama pelajar Kolej Komuniti Baling(Chicken Dance)
...bersama Nash
Kakitangan Kolej Komuniti Kok Lanas bergambar kenangan bersama Pengarah KKKL di hadapan pintu masuk ke Maqam Sahabat: Saad Bin Abi Waqas R.A.
di hadapan masjid Sahabat Rasulullah: Saad Bin Abi Waqas
menyusuri sungai di Guangzhao

bercahaya

suasana dalam bandar di Guangzhao

di hadapan hotel: Shenzen
Restoran Islam

Sunday 11 December 2011

KURSUS PELAN STRATEGIK 2012

30 Nov.-02 Dis. 2011. Kursus Pelan Strategik 2012 anjuran Kolej Komuniti Kok Lanas,Jeli dan Pasir Mas tekah diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali, Kelantan.Ia telah disertai oleh seluruh warga Kolej Komuniti Kelantan.
Program ini dimulakan dengan kursus Team Building untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga kerja Kolej Komuniti Kelantan dan diikuti oleh perbincangan dalam kumpulan pelan strategik 2012 serta pembentangan.



















Kursus ini dilihat sebagai berjaya mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga kerja Kolej Komuniti seluruh Kelantan.

PROGRAM CAKNA USAHAWAN

24-26 Nov. 2011. Program Cakna Usahawan telah diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke4 dan bagunan Kelantan Trade Centre(KTC).

Pelbagai program telah dijalankan antarnya;
-Pertandingan CCEC
-Pertandingan dikir barat IPT
-Seminar Keusahawanan
-Seloka
-Forum Islam



-Pameran dan lain-lain acara menarik

Wednesday 2 November 2011

LAWATAN KERJA

29 Sept. - 1 Okt. 2011. Satu lawatan kerja Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kok Lanas,Jeli dan P. Mas ke KK Arau dan KK Langkawi telah diadakan untuk meinba ilmu pengetahuan tentang keberkesanan dan kejayaan program 1 Malaysia di KK masing-masing.

Lawatan ini banyak membantu KKKLK untuk mendapatkan sebanyak mungkin bentuk-bentuk program yang telah dijalankan oleh mereka.Di samping itu juga ianya dapat membantu meningkatkan lagi kerjasama antara sesama Kolej Komuniti.

Gambar kenangan di KK Arau,Perlis

Di KK Langkawi, Kedah


Tuesday 1 November 2011

EKSPEDISI 4 X 4 ROYAL BELUM RAINFOREST

28-31 OKTOBER 2011. seramai 4 orang pelajar dan saya telah terpilih untuk menyertai ekspedisi 4 X 4 Royal Belum Rainforest Challenge 2011 yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Gerik, Perak. Acara ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia yang turut disertai oleh pensyarah-pensyarah, wakil Media dan ahli-ahli Kelab Raja Rimba Adventures.

Sebanyak 26 buah pacuan empat roda menyertai ekspedisi ini. Konvoi pacuan empat roda ( 4 X 4 ) telah dilepaskan oleh Y.Bhg. Dato Hj. Omar bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Konvoi ini telah membuat kejitan besar dengan mengelilingi bandar Gerik dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.Pihak PDRM telah memberikan kerjasama yang baik dengan mengiringi konvoi hingga ke laluan masuk ke RPS Dala.dari sana konvoi telah meneruskan perjalanan melalui perkampungan orang asli dan bermalam di Air Ganda.

Hari berikutnya peserta keluar dari RPS air Ganda dan menuju ke Sungai Siput - Gerik _ Tasik Banding dan masuk ke Hutan Simpan Belum.Perjalanan pada hari ini terlalu panjang dan kami hanya dapat makan malam pada jam 10.30 malam.Apapun kami seronok dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan kesabaran yang tinggi telah ditunjukkan terutama sekali ketika beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan kehabisan minyak.

Pada hari terakhir,kami singgah di RPS Temelor dan seterusnya ke RPS Sungai Raba untuk majlis penutup yang telah disempurnakan  oleh YB Dato Hasbullah,ADUN Temengor.

......bersiap untuk Majlis Pelepasan /Perasmian
pelajar-pelajar dan efendy
Perasmian oleh : Tim. Ketua Setiausaha Kem. Pengajian Tinggi Malaysia
Tn. Haji sedang memberiakan arahan kepada pelajar
asal jumpa sungai....peserta mengambil kesempatan mencuci kenderaan
di tapak perkhemahan
menikmati makan malam
mengemas khemah
alamak....tergelincir pulak
bersama orang asli
Azman Ishak sedang diwawancara oleh Cik Azidah Mohamed dari TV Hijrah

Efendy.... sedang meminta semua pelajar SEGERA menaiki kenderaan
menziarahi orang asli
sedikit sumbangan dari peserta konvoi
hanif sedang diwawancara
Azman menerima sijil penghargaan
Hanif dapat hamper
menyambut ketibaan ADUN Temengor,Dato Hasbullah
Menikmati jamuan ringan
Pelajar-pelajar,pensyarah KKKLK dan tetamu VVIP