Monday 15 October 2012

EKSPLORASI WARISAN DAN BUDAYA

11 - 14 Oktober 2012. Program Eksplorasi Warisan dan Budaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah kelolaan Kolej Komuniti Teluk Intan telah diadakan dengan jayanya. Seramai 70 orang peserta telah mengikuti program yang tersebut. Kolej Komuniti Kok Lanas telah menghantar 4 oran pelajar dan seorang pengiring sepanjang program tersebut berlangsung.Pelajar KKKLK Nur Syazreena Yasmin Bt Abdul Halim telah menggondol tempat kedua daripada seramai 70 peserta dalam cabaran mengail udang galah. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh En ishanuddin Bin hussin,Pengarah Bhagian Kebajikan Pelajar,Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Bergambar kenangan di hadapan KK Teluk Intan
Peserta bersama keluarga angkat
Cabaran 1: Memetik Nenas
Cabaran 2: Memasak Jem dan Laicye nenas
Pelajar KKKLK memenagi tempat 2 dalam cabaran ke 3: memancing udang galah di Sungai Perak
Cabaran 4: berbasikal ke tempat-tempat bersejarah sekitar Teluk Intan
Kenangan bersma urusetia program
....bersama anggota Polis Trafik
 
 
  

Saturday 6 October 2012

PAKAR

5 Okt. 2012. Alhamdulillah saya telah mendaftar sebagai Ahli Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia dengan diberi nombor 0088.

Wednesday 3 October 2012

MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU SESI OKTOBER 2012

3 - 4 Oktober 2012. Program minggu suaikenal pelajar baru telah diadakan di Aked Perdana dan Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas. Antara pengisian program tersebut adalah taklimat daripada Pengarah KKKLK,Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran,Ketua Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat,Unit Kaunseling & Kerjaya,Unit Disiplin,Unit Peperiksaan,Bahagian Hal Ehwal Pelajar(wang saku dan insuran)
Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas sedang memberikan ucapan perasmian Minggu Suaikenal
IKRAR pelajar KKKLK

Pada 4 Oktober pula telah diadakan program dalam kumpulan.Pelajar-pelajar telah diberi tugasan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).....
Chicken Dance
 

TAHNIAH Kumpulan 3....akhirnya anda menjadi JUARA....
 
 


PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI OKTOBER 2012

2 Oktober. Pendaftran pelajar baru Kolej Komuniti Kok Lanas berjalan dengan lancar.Seramai 50 orang pelajar baru telah mendaftar bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

Monday 1 October 2012

PROGRAM TOT PENCEGAHAN GEJALA DADAH(PRS)

25-27 Sept. 2012. Program TOT Pencegahan Gejala Dadah untuk Pembimbing Rakan Siswa anjuran Jabtan Pengajian Kolej Komuniti dengan kerjasama AADK dan dijayakan oleh Kolej Komuniti Temerloh,Pahang.

BENGKEL PENSIJILAN UJIAN PSIKOLOGI JENAMA SIDEK

19-21 sept. 2012. Bengkel Pensijilan Psikologi Jenama Sidek anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diadakan di Empresss Hotel,Sepang,Selangor.
Seramai 48 orang Pegawai Psikologi KPT telah terpilih untuk menyertai bengkel yang dikendalikan oleh Dr Sidek Mohd Noah (UPM).