Tuesday 31 January 2012

PELANTIKAN JPP TAHUN 2012

31 Jan. 2012.Satu mesyuarat telah dijalankan di Lanas Intan untuk memilih JPP baru bagi tahun 2012.Seramai 14 wakil pelajar telah dipilih oleh para pensyarah kelas masing - masing dan mereka telah mengundi untuk melantik ketua JPP serta AJK.Nantikan pengumuman selanjutnya.

TAEKWONDO

30 Jan. 2012.Kelab Taekwondo Kolej Komuniti Kok Lanas telah memulakan latihan pertamanya bermula jam 08.00 malam hingga 10.00 malam.Seramai 20 orang pelajar telah menyertai Kelab Taekwondo ini.Bagaimanapun keahlian masih terbuka untuk semua yang berminat.

Monday 16 January 2012

MEMORI KEM MOTIVASI PELAJAR



Bergambar kenangan bersama Penolong Pengarah institut Integriti Malaysia
Ceramah Motivasi oleh Papa Maliki
Ceria
Damai
Seronok ke tuuu???
Siap sedia untuk aktiviti Explore Race
Gunting-gunting
apa yang penting...... KERJASAMA

kena buat pembentangan???


Sunday 15 January 2012

PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI

15 Jan. 2012- Satu perhimpunan bulanan telah diadakan di Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan. Perhimpunan yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk memperkenalkan semua kakitangan kepada para siswa siswi kolej.

Pada perhimpunan ini beberapa orang kakitangan kolej telah memberikan ucapan dan nasihat yang berguna kepada para pelajar.
Barisaan Pensyarah Kolej

Pengarah sedang memberikan ucapan
Pegawai Psikologi sedang memberikan ucapan
Pn Shuhaila,Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran

Tuesday 10 January 2012

KEM MOTIVASI PELAJAR

10-12 Jan 2012. Kem Motivasi Pelajar untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort dan telah disertai oleh seramai 64 orang pelajar dan 4 orang kakitangan.



khusyuk mendengar Kuliah Maghrib

Explore race..

membina Kolaj

best....

Nyanyi ke nasyid???
Rehat...main congkak
semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua


Tuesday 3 January 2012

PENGARAH BARU KOLEJ KOMUNITI

16 Disember 2011. Kolej Komuniti Kok Lanas kelantan telah mendapat pengarah baru iaitu Tuan Haji Che Mohd Ariff Bin Che Mohd Nor menggantikan Tuan Haji Zairon Bin Mustapha yang telah berpindah kerana kenaikan pangkat ke Kolej Komuniti Paya Besar,Pahang.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua....semoga Kolej Komuniti Kok Lanas terus "gah" dan cemerlang di masa akan datang.


Makanan ringan berbahaya



LONDON 2 Jan. - Kajian terbaru mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.
Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.
Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.
Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.
‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.
Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.
Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.
Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. – AGENSI