Tuesday 6 March 2012

CERAMAH PELUANG PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI BERSAMA PESERTA KOR TANI KADA

27 FEB. & 4 MAC 2012. Program Ceramah Peluang Pembelajaran di Kolej Komuniti bersama peserta Kor Tani KADA telah diadakan di Pusat latihan KADA Melor, Kelantan.

Para peserta telah didedahkan tentang peluang-peluang pembelajaran yang terdapat di seluruh Kolej Komuniti di Malaysia amnya dan di Kolej Koluniti Kok Lanas, Jeli dan Pasir Mas.

Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia-belia yang berumur antara 21-25 tahun dari Parlimen Ketereh, Kelantan
En. Efendy sedang menyampaikan ceramah kerjaya
Para peserta program sedang mendengar ceramah
                     Para pelajar Kursus guntingan rambut yang turut serta menjayakan program tersebut 
dengan membuta demonstrasi guntingan rambut

Monday 5 March 2012

KURSUS TOT PENCEGAHAN GEJALA DADAH,ATS & HIV AIDS DI IPT

20-22 Mac 2012. Kursus TOT Pencegahan Gejala Dadah, ATS & HIV Aids di IPT diadakan di May Tower Hotel, Kuala Lumpur. Kursus ini anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Agensi Anti Dadah Malaysia. Semua Pegawai Psikologi di IPTA dan IPTS termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti dijemput menyertai kursus tersebut.
Kenangan bersama sifu Prof. Dato Dr Mahmud Nazar

SEMINAR PELUANG PENGAJIAN TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 DI KUCHING, SARAWAK

9-12 Mac 2012. Seminar peluang pengajian tinggi peringkat kebangasaan tahun 2012 sempena Karnival pengajian tinggi negara kali ke 8 diadakan di Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak.Seramai 150 orang peserta telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

LATIHAN KEBAKARAN KK K LANAS 2012

7 Mac 2012. Taklimat dan demo penggunaan alat pemadam api di KK K Lanas Kelantan.Latihan ini telah dikendalikan oleh pegawai bomba dari Balai Bomba Ketereh. Semua pelajar dan kakitangan KKKL telah menjayakan latihan kebakaran ini dengan baik dan sempurna.
Pelajar berkumpul di Dataran Zairon untuk mendengar ceramah dari pegawai Bomba

PROGRAM MOTIVASI DI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, MACHANG,KELANTAN

5-6 Mac 2012. Program Motivasi Kerjaya di Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diadakan. Seramai 18 orang peserta terdiri daripada warga kerja Pusat Pemulihan Akhlak  Machang telah diadakan di  Rumah Kelab, Pusat Pemulihan Akhlak ,Machang.

Antara program yang dijalankan ialah ujian personaliti warna dan ujian gaya bercinta. Para peserta juga didedahkan dengan etika kerja yang berkesan....

En Efendy, Ida dan Hidah mengendalikan program ini

gambar kenangan....

LAWATAN KERJA KE KK SELAYANG,SELANDAR DAN BUKIT BERUANG

1-3 Mac 2012. Seramai 10 orang staf KK Kok Lanas, Jeli dan P Mas telah melakukan lawatan kerja ke KK Selayang, Selandar dan Bukit Beruang untuk meninjau program di bawah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Unit Kaunseling dan Kerjaya.

Sepanjang lawatan tersebut, para deligasi telah diberi taklimat dan demonstrasi kursus-kursus yang dijalankan.Pihak tuan rumah juga telah memberi taklimat yang panjang lebar tentang kemudahan-kemudahan yang disediakan di setiap kolej yang dilawati.

Terima Kasih daun keladi buat semua yang telah bersusah payah menyambut deligasi kami tempohari.
Efendy dan Azian di KK Selayang
Pengarah KK Selayang sedang memberikan taklimat

Pn Airene,Peg. Psikologi KK Selayang sedang memberikan taklimat beliau

2 Mac. di KK Bukit Beruang, Melaka

Kenangan bersama Pn Mimi,Peg. Psikologi KK Bukit Beruang dan pelajar praktikal kaunseling dari UMT

Bergambar kenangan bersama Pengarah dan kakitangan KK Bukit Beruang,Melaka
....di KK Selandar Lestari, Melaka

KEM KEPIMPINAN JPP (SESI JAN 2012)

1-3 Mac 2012. Kem Kepimpinan JPP (sesi jan. 2012) telah diadakan di PCB Resort. Seramai 50 orang peserta terdiri dari Pimpinan JPP dari KK K Lanas, Jeli dan P Mas telah menyertai program ini.

Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kepimpinan pelajar di Kolej Komuniti dan untuk mempastikan setiap pimpinan pelajar mempunyai sahsiah yang unggul dan berkaliber sebagai pemimpin yang dihormati.

KURSUS ASAS PENGURUSAN JENAZAH

26 Feb. 2012. Kursus pengurusan jenazah untuk pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas telah diadakan bertempat di Aked Perdana,KK K Lanas. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang pengurusan jenazah.Kursus ini telah dikendalikan oleh Ustaz nik Azmi dari Kor Agama angkatan Tentera Malaysia.