Sunday 31 July 2011

KURSUS PENEROKAAN GUA DAN PENDAKIAN GUNUNG STONG

28-30 Julai 2011. Satu kursus penerokaan Gua dan pendakian Gunung Stong telah dijalankan bertempat di Kg jelawang, Dabong, Kuala Krai,Kelantan.

Seramai 38 orang peserta telah mengambil bahagian. Kursus ini telah disertai oleh 20 orang pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas dan 18 orang pelajar Politeknik Kok Lanas.

Pelajar Kolej Komuniti yang terdiri daripada pelajar kursus fotografi terlalu teruja dan gembira apabila dapat merakam pelbagai gambar kenangan yang mempunyai nilai estetika yang bernilai dan bermutu.


Sunday 24 July 2011

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR

Alhamdulillah.saya mendapat banyak respon yang positif daripada kursus Kepimpinan Pelajar yang berakhir semalam.Banyak respon yang dilontarkan kepada saya melalui fb dan kebanyakan pelajar merasakan program sebegini perlu diteruskan lagi.....

Ramai pelajar yang saya jumpa juga bertanya " Bila lagi nak buat kursus "???insya Allah saya akan aturkan seberapa segera.Apa yang saya harapka agar kalian sudi sudilah menjengok ke bilik kaunseling untuk kita berbincang bersama demi kecemerlangan Kolej Komunti Kok Lanas....

Peserta kursus sedang berbincang dalam kumpulan

hasil kerjasama


Saturday 23 July 2011

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR


21-23 Julai 2003. Kursus Kepimpinan Pelajar telah diadakan di Aura Training Centre, Bachok, Kelantan.Kursus ini diadakan bertujuan utnuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan daya tahan yang baik.

Para pelajar juga dilatih untuk berada dalam kelompok yang membina dan dapat menyesuaikan diri dengan gaya pempelajaran di tempat baru.

Kursus ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan ramai dari kalangan mereka memohon untuk diadakan lagi kursus-kursus yang seumpama ini.


Monday 18 July 2011

Motivasi bersama AADK

19 Julai 2011. Satu ceramah motivasi dan ujian air kencing telah diadakan di Kolej Komuniti Kok Lanas. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Abd. Khadir Bin Che Amat, Pegawai AADK Daerah Kota Bharu, Kelantan bersama 3 orang kakitangan yang lain.

Ceramah tersebut banyak mendedahkan tentang bahaya dadah dan cara mengatasinya.Beliau juga menasihati pelajar agar tidak terjebak dengan najis DADAH!!!


Motivasi YAPEIM

14 Julai 2011. Satu ceramah untuk pelajar dan kakitangan Kolej Komuniti Kok Lanas telah diadakan di Aked Perdana. Alhamdulillah ramai pelajar dan kakitangan yang puas hati menyertai program tersebut.
Tn Hj Basri B Abdullah sedang memberikan ceramah

pelajar sedang mendengar ceramah motivasi



Tuesday 12 July 2011

CERAMAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

6 Julai 2011. Satu ceramah bertajuk Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja telah diadakan di Kolej Komuniti Kok Lanas oleh ASP Nor Hafiza Bt. Nor Hamid dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Pegawai Turus D11, ASP Nor Hafiza Bt. Nor Hamid
Khusyuk mendengar ceramah

Cenderahati disampaikan oleh Pn Shuhaila Bt Ibrahim
Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Monday 11 July 2011

MEMORI HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU

baling belon
pasukan lembu???
....efendy...
AJK yang setia bertugas
chicken dance
pelbagai ragam...
explore race bermula....CEPatttt
hai...macam - macam kena buat untuk dapat CLUE
biche gapo tu >>>
buat logo pasukan
the FROG
sesi pembentangan
Dapat Hamper....Best....

Sunday 10 July 2011

KENANGAN DI KARANGKRAF & i -CITY

taklimat oleh pegawai Karangkraf
khusyuk mendengar taklimat

kartun yang siap dilukis

mendengar taklimat

lawatan ke bahagian percetakan

di studio fotografi

i-City

main salji

Wednesday 6 July 2011

SUKANEKA SEMPENA HARI SUAIKENAL

7 Julai 2011. Program sukaneka sempena hari suaikenal telah diadakan di Kolej Komunti Kok Lanas. Program ini dimulakan dengan ice breaking diikuti baling bola, bolak sepak buta, baling belon, sambut belon zig zag, chicken dance , explore race, mencipta logo dan visi serta misi pasukan yang bertanding.

Tahniah kepada pasukan Kambing yang telah mengungguli pertandingan pada hari ini.