Kaunseling merupakan sesi bertemu muka antara klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan kaunselor.Setiap kaunselor bertanggungjawab untuk mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi oleh pelanggan mereka seterusnya meneroka ke dalam diri klien sehingga ke tahap empati. Seseorang kaunselor sewajarnya mempunyai tahap empati yang tinggi seterusnya berpegang teguh kepada isu kerahsiaan yang menjadi salah satu etika yang amat penting dalam sesuatu sesi kaunseling.
Sekiranya seseorang kaunselor gagal untuk berempati dengan baik,saya kira kaunselor tersebut bukan seorang kaunselor yang benar-benar tulin.
No comments:
Post a Comment