Saturday 28 April 2012

PROGRAM SEMBANG-SEMBANG BELIA PERINGKAT DAERAH KOTA BHARU

29 April 2012. Program Sembang-Sembang Belia Peringkat Daerah Kota Bharu diadakan di Dataran Zairon, Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan.Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para belia tentang peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam membantu membina negara ke arah yang lebih gemilang dan makmur.

SEMINAR PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM

24 & 25 April 2012. Bahagian Pengurusan Psikologi,Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ke 18 tahun 2012 telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sunday 22 April 2012

SHOWCASE GRAPHIC SMP 2012

22 April 2012.Program Showcase Graphic SMP 04 2012 telah diadakan di Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Tn. Hj. Che Mohd Ariff Bin Hj. Che Mohd Noor,Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan

KURSUS INDUKSI (KHUSUS) KUMPULAN GUNASAMA

16-20 April 2012.Kursus Induksi Khusus Kumpulan Gunasama telah diadakan di Hotel hang Tuah World Heritage,Melaka.Seramai 28 orang peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Saturday 14 April 2012

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA JAJAHAN KOTA BHARU

15 April 2012. Program Majlis Perundingan Belia Jajahan Kota Bharu telah diadakan di Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan. Seramai 130 orang pelajar telah menyertai program tersebut.Program tersebut banyak membantu memotivasikan pelajar  dalam mengharungi cabaran dan ujian yang banyak di dalam mengharungi dunia tanpa sempadan.

Wednesday 11 April 2012

PROGRAM HARI SUAIKENAL PELAJAR BARU (SESI APRIL) 2012

12 April 2012. Program Hari Suaikenal Pelajar Baru sesi April 2012 telah dijalankan di Aked Perdana dan di Dataran Zairon. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian dan telah dikendalikan oleh En. Mohd Efendy Bin Daud serta dibantu oleh Pn. Noni,En. Iskandar dan Pn. Wani.

KONVENSYEN PSIKOLOGI 2012

10 April 2012. Konvensyen Psikologi 2012 buat julung-julung kalinya telah diadakan oleh Unit Pengurusan Psikologi, bahagian pengurusan Sumber Manusia,Kementerian Pengajian Tinggi. Tema Konvensyen pada tahun ini adalah "Psikologi: Persepsi dan Realiti"

Konvensyen ini telah dihadiri oleh semluruh pegawai Psikologi di bawah bumbung KPT seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.Ia turut dihadiri oleh wakil dari IPT lain dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar dari seluruh negara.
Komvensyen ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,dato Hj. Omar.

Tuesday 3 April 2012

SEMINAR KERJAYA BERSAMA PENGASAS D'NAVECHEE

4 April 2012. Seminar Kerjaya bersama Dato Azlina Binti Che Abdullah,Pengarah D'Navechee telah diadakan di Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan. Seramai 100 orang pelajar dari pelbagai kursus yang berasakan kecantikan telah menghadiri seminar tersebut.
En. Efendy Daud,Pegawai Psikologi KKKLK memberikan ucapan alu-aluan
kepada Dato Azlina dan rombongan
Dato Azlina sedang memberikan ceramah beliau  
pelajar KKKLK khusyuk mendengar ceramah Dato Azlina
menandatangan buku pelawat
cenderahati kenang-kenangan daripada Pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas

Monday 2 April 2012

KARNIVAL IKTIRAF KEBANGSAAN 2011/2012 SERANTA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI

30 Mac - 1 April 2012. Karnival IKTIRAF kebangsaan 2011/2012 seranta Felda,Jabatan Perdana Menteri telah diadakan di Dataran Merdeka. Program ini telah disertai oleh 4 orang pelajar dan seorang pegawai En Mohd Efendy Bin Daud.Program ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin.

Dari Kiri:Efendy,En Amir(Ketua Pengarah Kolej Komuniti),Hj. Zairon(Pengarah KK Paya Besar)
Ketua Pengarah Kolej Komuniti bersama Ketua Setiausaha KPT
Ketua Pengarah sedang melihat cenderahati untuk TPM
Pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas
Promosi Kolej Komuniti