Wednesday 2 November 2011

LAWATAN KERJA

29 Sept. - 1 Okt. 2011. Satu lawatan kerja Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Kok Lanas,Jeli dan P. Mas ke KK Arau dan KK Langkawi telah diadakan untuk meinba ilmu pengetahuan tentang keberkesanan dan kejayaan program 1 Malaysia di KK masing-masing.

Lawatan ini banyak membantu KKKLK untuk mendapatkan sebanyak mungkin bentuk-bentuk program yang telah dijalankan oleh mereka.Di samping itu juga ianya dapat membantu meningkatkan lagi kerjasama antara sesama Kolej Komuniti.

Gambar kenangan di KK Arau,Perlis

Di KK Langkawi, Kedah


Tuesday 1 November 2011

EKSPEDISI 4 X 4 ROYAL BELUM RAINFOREST

28-31 OKTOBER 2011. seramai 4 orang pelajar dan saya telah terpilih untuk menyertai ekspedisi 4 X 4 Royal Belum Rainforest Challenge 2011 yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Gerik, Perak. Acara ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia yang turut disertai oleh pensyarah-pensyarah, wakil Media dan ahli-ahli Kelab Raja Rimba Adventures.

Sebanyak 26 buah pacuan empat roda menyertai ekspedisi ini. Konvoi pacuan empat roda ( 4 X 4 ) telah dilepaskan oleh Y.Bhg. Dato Hj. Omar bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Konvoi ini telah membuat kejitan besar dengan mengelilingi bandar Gerik dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.Pihak PDRM telah memberikan kerjasama yang baik dengan mengiringi konvoi hingga ke laluan masuk ke RPS Dala.dari sana konvoi telah meneruskan perjalanan melalui perkampungan orang asli dan bermalam di Air Ganda.

Hari berikutnya peserta keluar dari RPS air Ganda dan menuju ke Sungai Siput - Gerik _ Tasik Banding dan masuk ke Hutan Simpan Belum.Perjalanan pada hari ini terlalu panjang dan kami hanya dapat makan malam pada jam 10.30 malam.Apapun kami seronok dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan kesabaran yang tinggi telah ditunjukkan terutama sekali ketika beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan kehabisan minyak.

Pada hari terakhir,kami singgah di RPS Temelor dan seterusnya ke RPS Sungai Raba untuk majlis penutup yang telah disempurnakan  oleh YB Dato Hasbullah,ADUN Temengor.

......bersiap untuk Majlis Pelepasan /Perasmian
pelajar-pelajar dan efendy
Perasmian oleh : Tim. Ketua Setiausaha Kem. Pengajian Tinggi Malaysia
Tn. Haji sedang memberiakan arahan kepada pelajar
asal jumpa sungai....peserta mengambil kesempatan mencuci kenderaan
di tapak perkhemahan
menikmati makan malam
mengemas khemah
alamak....tergelincir pulak
bersama orang asli
Azman Ishak sedang diwawancara oleh Cik Azidah Mohamed dari TV Hijrah

Efendy.... sedang meminta semua pelajar SEGERA menaiki kenderaan
menziarahi orang asli
sedikit sumbangan dari peserta konvoi
hanif sedang diwawancara
Azman menerima sijil penghargaan
Hanif dapat hamper
menyambut ketibaan ADUN Temengor,Dato Hasbullah
Menikmati jamuan ringan
Pelajar-pelajar,pensyarah KKKLK dan tetamu VVIP

SEMINAR KERJAYA 2011


22-24 September 2011. Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar Semester akhir dari Kolej komuniti Kok Lanas,Jeli dan Pasir Mas,Kelantan telah diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali,Pasir Puteh, Kelantan.

Pada seminar tersebut,pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan demi persediaan mereka untuk menghadapi alam pekerjaan seperti persediaan menghadapi temuduga, tatcara semasa menghadapi temuduga dan juga penyediaan resume.

Pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan pengetahuan untuk menjalankan perniagaan seperti cara-cara memohon pinjaman MARA da TeKUN.

Semoga semua pelajar yang menyertai kursus ini akan mendapat munafaat yang paling berguna dalam kehidupan mereka untuk menuju ke arah dunia pekerjaan yang lebih mencabar lagi.