Tuesday 1 November 2011

SEMINAR KERJAYA 2011


22-24 September 2011. Seminar Kerjaya untuk pelajar-pelajar Semester akhir dari Kolej komuniti Kok Lanas,Jeli dan Pasir Mas,Kelantan telah diadakan di Sweet Beach Resort,Tok Bali,Pasir Puteh, Kelantan.

Pada seminar tersebut,pelajar-pelajar telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan demi persediaan mereka untuk menghadapi alam pekerjaan seperti persediaan menghadapi temuduga, tatcara semasa menghadapi temuduga dan juga penyediaan resume.

Pelajar-pelajar juga telah didedahkan dengan pengetahuan untuk menjalankan perniagaan seperti cara-cara memohon pinjaman MARA da TeKUN.

Semoga semua pelajar yang menyertai kursus ini akan mendapat munafaat yang paling berguna dalam kehidupan mereka untuk menuju ke arah dunia pekerjaan yang lebih mencabar lagi.

No comments:

Post a Comment