Monday, 5 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011

5 September 2011. Satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan secara sederhana di Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh en Mohd Efendy Bin Daud,Pegawai Psikologi KKKL dan disusuli dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Imam Masjid Kok Lanas,Kelantan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan selamat Hari Raya yang disampaikan oleh wakil pensyarah kepada semua pelajar yang hadir.Seterusnya pelajar-pelajar bersalam-salaman sesama mereka dan menikmati jamuan yang telah disediakan.

Mudah-mudahan sambutan Majlis Hari Raya pada tahun ini akan menambahkan lagi keinsafan buat kita semua terhadap golongan yang tidak berkemampuan.
En Mohd Efendy Hj Daud sedang memberikan ucapan
Tuan Imam Masjid Kok Lanas sedang memberikan ceramah



No comments:

Post a Comment