Tuesday 1 November 2011

EKSPEDISI 4 X 4 ROYAL BELUM RAINFOREST

28-31 OKTOBER 2011. seramai 4 orang pelajar dan saya telah terpilih untuk menyertai ekspedisi 4 X 4 Royal Belum Rainforest Challenge 2011 yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Gerik, Perak. Acara ini telah disertai oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Malaysia yang turut disertai oleh pensyarah-pensyarah, wakil Media dan ahli-ahli Kelab Raja Rimba Adventures.

Sebanyak 26 buah pacuan empat roda menyertai ekspedisi ini. Konvoi pacuan empat roda ( 4 X 4 ) telah dilepaskan oleh Y.Bhg. Dato Hj. Omar bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Konvoi ini telah membuat kejitan besar dengan mengelilingi bandar Gerik dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.Pihak PDRM telah memberikan kerjasama yang baik dengan mengiringi konvoi hingga ke laluan masuk ke RPS Dala.dari sana konvoi telah meneruskan perjalanan melalui perkampungan orang asli dan bermalam di Air Ganda.

Hari berikutnya peserta keluar dari RPS air Ganda dan menuju ke Sungai Siput - Gerik _ Tasik Banding dan masuk ke Hutan Simpan Belum.Perjalanan pada hari ini terlalu panjang dan kami hanya dapat makan malam pada jam 10.30 malam.Apapun kami seronok dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dan kesabaran yang tinggi telah ditunjukkan terutama sekali ketika beberapa kenderaan mengalami kerosakan dan kehabisan minyak.

Pada hari terakhir,kami singgah di RPS Temelor dan seterusnya ke RPS Sungai Raba untuk majlis penutup yang telah disempurnakan  oleh YB Dato Hasbullah,ADUN Temengor.

......bersiap untuk Majlis Pelepasan /Perasmian
pelajar-pelajar dan efendy
Perasmian oleh : Tim. Ketua Setiausaha Kem. Pengajian Tinggi Malaysia
Tn. Haji sedang memberiakan arahan kepada pelajar
asal jumpa sungai....peserta mengambil kesempatan mencuci kenderaan
di tapak perkhemahan
menikmati makan malam
mengemas khemah
alamak....tergelincir pulak
bersama orang asli
Azman Ishak sedang diwawancara oleh Cik Azidah Mohamed dari TV Hijrah

Efendy.... sedang meminta semua pelajar SEGERA menaiki kenderaan
menziarahi orang asli
sedikit sumbangan dari peserta konvoi
hanif sedang diwawancara
Azman menerima sijil penghargaan
Hanif dapat hamper
menyambut ketibaan ADUN Temengor,Dato Hasbullah
Menikmati jamuan ringan
Pelajar-pelajar,pensyarah KKKLK dan tetamu VVIP

1 comment:

  1. a'skum. macam mana nak joint 4x4 group. saya ada Isuzu Trooper. Terima kasih

    ReplyDelete