Sunday 3 July 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KOLEJ KOMUNITI KOK LANAS

4 Julai 2011
Assalamualaikum.
Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baru Kolej Komuniti Kok Lanas. Saya sungguh teruja dengan ucapan Yang Amat Berusaha Tuan Pengarah, Tn Hj Zairon bin Mustapha atas ucapan beliau yang mengharapkan kejayaan cemerlang semua pelajar.Beliau juga mengharapkan pelajar dan ibubapa mengambil peluang yang ada untuk menimba sebanyak mungkin program yang tersedia di sini.

Ibubapa yang hadir kelihatan sangat ceria dan berpuas hati dengan sesi dialog yang telah disediakan demi untuk merapatkan lagi hubungan antara tenaga penggerak Kolej Komuniti dan ibubapa serta keluarga pelajar.

Adalah diharapkan semua pelajar dapat mengambil peluang yang ada demi untuk memajukan diri anda ke arah yang lebih baik dan sempurna demi kejayaan anda di masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang. 

No comments:

Post a Comment