Sunday 12 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL & PENYAMPAIAN WATIKAH JPP 2012

12 Feb. 2012. Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Penyampaian watikah pelantikan JPP 2012 telah diadakan di Dataran Zairon,Kolej Komuniti Kok Lanas.
Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Supt. Zainon Bin Samad,Timbalan Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis,Kontinjen Kelantan, ASP Jefri shah Bin Khatib, Pegawai Turus D4,IPK Kelantan, Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Kok Lanas,Jeli dan Psir Mas.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan pertandingan mereka cipta banting terbaik dan telah dimenangi oleh Kursus Foto Kreatif dan Kumpulan pelajar berpakaian paling ceria dimenangi oleh Kursus Kecantikan dan Dandanan Rambut.

Pada Majlis tersebut juga pelajar-pelajar dapat mendengar pesanan amanat dan nasihat daripada Yang Dihormati Supt.Jefri Shah Bin Khatib,Timbalan Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis,Kontinjen Kelantan.

Para pelajar juga berpeluang mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Nik Azmi Bin Mahmud berkisar tentang kelebihan selawat ke atas junjungan besar  Nabi Muhammad S.A.W.
Kumpulan Nasyid Kolej Komuniti Kok Lanas 
Amirah membaca sajak

Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W


No comments:

Post a Comment